Monday, November 8, 2010

Measuring volume of liquid


Pengenalan. 
Video ini sangat menarik dan sesuai digunakan oleh para guru matematik tahun 2 untuk memperkenalkan  tajuk isipadu cecair. Maklumat di dalam video ini menerangkan beberapa cara  untuk mengukur dan membanding isipadu cecair. Antaranya ialah:
  1. Mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran "standard unit."
  2. Mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran tidak "standard".
  3. Membanding isipadu cecair dalam 2 bekas yang berbeza saiz.

    Berikut adalah penerangan tentang situasi pengajaran yang terdapat di dalam video ini:

    Situasi pertama
     Situasi ini menerangkan kepada kita bagaimana untuk mencari kandungan isipadu cecair di dalam sebuah botol minuman. Isipadu botol tersebut  diukur menggunakan jug penyukat
    (1 liter).Botol tersebut memerlukan sebanyak sepuluh kali isian air pada jug penyukat. Ini bermakna botol minuman tersebut dapat diisi dengan 10 liter air.
                      1 botol = 10 liter air oren.




    Situasi ke dua.
    Situasi ini menunjukkan bagaimana caranya mendapat isipadu air di dalam sebuah kolam renang. Pengukuruan kandungan air di dalam kolam ini diukur menggunakan ukuran "non standard unit". Alat pengukur yang digunakan ialah sebuah baldi.Setelah diukur ,didapati kolam mandi itu dapat diisi dengan 100 kali isian penuh air sebuah baldi. 
    Ini bermakna:
                             1 kolam renang = 100 buah baldi.




    Situasi ke tiga.
     Menerangkan kepada kita kaedah yang berkesan untuk mencari bekas yang sesuai untuk menampung  kandungan isipadu cecair.




    Secara kesimpulannya video ini merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif .Ianya sesuai di gunakan untuk pemperkenalkan konsep mengukur dan membanding isipadu cecair. Penerangannya amat jelas dan membantu membina konsep asas kepada murid-murid.
    Antara rumusan yang diperolehi dalam video ini adalah:
    1. liter ialah standard unit untuk mengukur isipadu cecair.
    2. liter boleh di tulis dalam bentuk simbol l.
    3. Kandungan air dalam sesuatu bekas boleh disukat menggunakan jug penyukat ( 1 liter ).
    4. Kandungan air dalam sesuatu bekas boleh berada di paras kurang daripada 1 liter, 1 liter dan lebih daripada 1 liter.