Aktiviti Murid Cemerlang-Bagaimana Mengukur dan membanding Isipadu Cecair Menggunakan "Standard Unit" liter.

Pengenalan.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini menunjukkan kepada kita tentang cara mengukur dan membanding isipadu cecair menggunakan standard unit dalam liter.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini disediakan khas untuk murid cemerlang kerana ianya agak mencabar dan menguji minda.

Objektif Pengajaran.
Pada akhir pengajaran murid dapat:
  • Mengukur isipadu air dalam 4 bekas yang berbeza saiz dengan menggunakan standard unit liter.

Pengetahuan sedia ada murid:
Mereka mengetahui konsep liter. 


Bahan bantu mengajar:
contoh:

Langkah pengajaran dan pembelajaran:


1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan
2. Setiap kumpulan akan diberikan 4 bekas yang berlainan saiz dan selinder penyukat seperti yang ditunjukkan seperti gambar di atas.
3. Setiap ahli kumpulan bekerjasama mencari isipadu air yang boleh diisi di dalam bekas berkenaan.
4. Segala keputusan ujian akan direkodkan di dalam borang yang disediakan.
Contoh:
 Keputusan ujian:
  • Isipadu baldi= 7 liter
  • Isipadu cerek= 3 liter
  • Isipadu jug   = 2 liter
  • Isipadu besin= 3 liter
5.Berdasarkan keputusan ujian tersebut murid diminta berbincang bersama ahli  kumpulan untuk membuat perbandingan isipadu cecair berdasarkan soalan yang diberikan.
contoh soalan:




6. Kemudian, guru menyemak jawapan bersama murid dan memberi markah kepada setiap kumpulan. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi dianggap pemenang. 
7. Sebagai aktiviti pengukuhan,murid diberikan beberapa soalan di lembaran kerja.