Membanding Dua Isipadu Cecair.

Pengenalan
Kaedah pengajaran ini menerangkan kepada kita tentang bagaimana untuk mengajar membanding 2 isipadu cecair.

 Objektif Pembelajaran
 Pada akhir pembelajaran murid dapat:
  •  Membandingkan 2 isipadu cecair dengan kaedah yang betul.
  • Menyatakan bekas mana yang dapat mengisi banyak air dan sedikit air.
  • Menuangkan air dengan berhati-hati ke dalam bekas penyukat.
Bahan Bantu Mengajar.
gelas



jug

 bikar penyukat







Langkah -langkah pengajaran dan pembelajaran.

1. Dua orang murid dipilih untuk memegang segelas dan jug yang berisi penuh dengan air.
Contoh: Amin memegang segelas penuh air.
             Siti  memegang satu jug penuh air.















2.Guru bersoaljawab dengan murid:
Contoh: 1.Bekas manakah yang mempunyai lebih banyak kandungan air?
             2. Bekas manakah yang mempunyai sedikit air?
 













3. Guru menyuruh murid menuangkan air di dalam gelas dan jug tadi di dalam bekas yang sama saiz.










                                                                        


4. Murid diminta membandingkan isi kandungan kedua-dua bekas tadi.

 5. Murid menyatakan dan menulis kesimpulan.

Contoh:   Gelas dapat  mengisi sedikit air berbanding jug.
               Jug dapat mengisi lebih banyak air berbanding gelas.

6. Murid membuat latihan di dalam lembaran kerja.