Aktiviti Murid Lemah -Bagaimana Mengukur dan Membanding Isipadu Cecair Menggunakan "Standard Unit" liter.

Pengenalan:
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini menerangkan kepada kita bagaimana untuk mengajar konsep mengukur dan membanding isipadu cecair menggunakan ukuran standard liter kepada murid lemah.Sebagai permulaan, murid ini akan diajar tentang maksud liter.Kemudianya dibimbing bagaimana untuk mengukur dan membanding isipadu air tersebut.

Kumpulan sasaran:
Murid lemah

Objektif pembelajaran:
Murid dapat mengukur dan membanding isipadu cecair menggunakan unit liter.

Bahan bantu mengajar:
1.Jug penyukat 1 liter.
2. 3 jenis bekas pelbagai saiz.
contoh:
Langkah pengajaran dan pembelajaran:
1.Murid diberi penerangan tentang konsep liter terlebih dahulu iaitu satu isian penuh air di dalam jug penyukat ini bersamaan dengan 1 liter.
contoh:










2. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan.Setiap kumpulan akan mengisi air kedalam bekas yang diberikan tadi menggunakan jug penyukat:
  • Kumpulan 1 = basin
  • Kumpulan 2 = cerek
  • Kumpulan 3 = periuk
3. Setiap kumpulan akan membilang berapakah bilangan jug penyukat yang diperlukan untuk mengisi bekas tersebut.

4. Wakil setiap kumpulan akan mencatat bilangan jug penyukat tersebut di dalam borang yang disediakan:
contoh:

5. Guru meminta setiap kumpulan menyatakan berapakah isipadu air yang dapat diisi ke dalam bekas tadi.
contoh:
  • Basin dapat mengisi sebanyak 4 liter air.
  • Cerek dapat mengisi sebanyak 2 liter air.
  • Periuk dapat mengisi sebanyak 6 liter air.
6. Guru bersoaljawab dengan murid:
Membuat perbandingan:
  • Bekas manakah yang dapat mengisi lebih banyak air?
  • Bekas manakah yang dapat mengisi sedikit air?