Aktiviti Murid Cemerlang-Bagaimana Mengukur dan Membanding Isipadu Cecair Menggunakan "Standard Unit" mililiter.

Pengenalan:
Aktiviti  pengajaran dan pembelajaran ini menarangkan bagaimana cara untuk mengajar konsep mengukur dan membanding isipadu cecair menggunakan ukuran standard dalam mililiter. Kaedah pengajaran ini disesuaikan untuk cemerlang kerana ia memerlukan keupayaan membaca sengatan  pada bikar penyukat.

 Kumpulan sasaran:
Murid cemerlang.

Objektif pembelajaran:
Murid dapat mengukur dan membanding isipadu cecair menggunakan unit standard dalam milimeter.

Bahan bantu mengajar:
1.  Dua biji bikar penyukat.
2.  Dua bekas air yang berbeza saiz.
contoh :

Langkah pengajaran dan pembelajaran:

1. Murid bekerja berpasangan.
2. Setiap kumpulan diberikan 1 cawan dan 1 gelas penuh air serta 2 biji bikar penyukat.
3. Murid diminta menuangkan air tersebut ke dalam bikar secara berasingan.
contoh:                                                










5. Kedua-dua bikar itu tadi diletakkan bersebelahan.
contoh:











6. Kemudian, murid membaca isipadu air berdasarkan bacaan pada bikar penyukat seperti rajah di atas.
7. Murid diminta mencatat keputusan setiap sukatan tadi:
contoh:
Bikar A(isipadu gelas)= 250 mililiter.
Bikar B (isipadu cawan)=300 mililiter.

8. Guru membimbing murid membuat kesimpulan terhadap apa yang dipelajari pada hari ini.

 Membuat perbandingan antara dua isipadu tadi.
contoh:
Air di dalam cawan lebih banyak daripada air di dalam gelas.
Air di dalam gelas lebih sedikit daripada air di dalam cawan.
Menyatakan isipadu kedua-dua bekas tadi:
contoh:
Isipadu air gelas=250 mililiter
Isipadu air cawan=300 mililiter

I