Pengenalan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini mendedahkan kepada murid-murid cara yang menarik untuk mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran tidak satndard.Bahan yang digunakan boleh didapati di sekeliling mereka.
Kumpulan sasaran
Murid lemah.
Objektif pengajaran dan pembelajaran
Pada akhir pengajaran murid dapat: Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini mendedahkan kepada murid-murid cara yang menarik untuk mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran tidak satndard.Bahan yang digunakan boleh didapati di sekeliling mereka.
Kumpulan sasaran
Murid lemah.
Objektif pengajaran dan pembelajaran
1. Mengukur isipadu cecair menggunakan "non standard unit" yang terdapat di sekeliling mereka.
2. Menyatakan bilangan sukatan yang boleh diisi dalam setiap bekas yang berlainan saiz.
Bahan bantu mengajar:
1. cawan2. gelas.
3. teko.
4. jug
5. sekotak susu segar.
6. borang keputusan ukuran.
Langkah pengajaran dan pembelajaran:
1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan alatan seperti berikut:
- Kumpulan 1 : 1 jug air dan beberapa biji gelas.
- Kumpulan 2 : 1 teko air dan beberapa biji cawan.
- Kumpulan 3 : 1 kotak susu dan beberapa biji cawan.
contoh:
Kumpulan 1
Jug ini dapat mengisi sebanyak 8 gelas air.
Kumpulan 2
Teko ini dapat mengisi 6 cawan air.
Kumpulan 3

3. Setiap kumpulan menyatakan berapakah bilangan cawan atau gelas yang dapat diisi oleh jug,teko dan sekotak susu tadi.
4. Segala keputusan akan dicatat di dalam borang yang diberikan.
contoh:
Bil Alat Bilangan
1 jug 8 gelas
2 teko 6 cawan
3 sekotak susu 3 cawan
5. Murid membuat latihan di lembaran kerja.